ain

ain
hidup indah bila kita menjadikan ia indah

Friday, March 25, 2011

HIKMAH MEYAKINI KEKUASAAN ALLAH


KEYAKINAN KEPADA TUHAN YANG SATU……ALLAH…..

Hari ini diriku merasa sangat tertarik dengan satu cerita yang telah disampaikan oleh pensyarahku mengenai keyakinan seorang wanita yang amat meyakini kekuasaan ALLAH terhadap rezeki yang diharapkannya.  Rasa terdetik di hati ini keinsafan di samping mengagumi kekuasaan ALLAH dan mengagumi kesetiaan wanita tersebut untuk terus berdoa.
Cerita ini seperti pernah ku dengar….erm ya dalam rancangan “Tanyalah Ustaz”. Sememangnya pensyarahku memang mendapat ilmu ini dari sumber dan rancangan yang sama. Ceritanya bermula di sini. Di sebuah perkampungan yang terdapat di sebuah negara islam yang agak berpengaruh iaitu Indonesia, terdapat seorang wanita yang sangat setia. Setiap hari dia sangat setia menyusun tutur katanya untuk dipersembahkan dan disampaikan kepada Tuhan Maha Esa….dalam erti kata lain mempersembahkan doanya ….dengan penuh harapan agar doanya dimakbulkan……
Ya ALLAH ,aku bermohon agar pada hari ini ada rezeki buat diriku dan keluargaku…doanya lebih kurang macam itulah…… SUBHANALLAH….MAHA SUCI ALLAH…. erm bukan doa untuk kaya, tetapi doa hanya sekadar untuk memenuhi keperluan hariannya dan keluarganya sahaja….sucinya hati wanita tersebut….kenapa tidak wujud sifat tamak dalam dirinya seperti kebanyakan orang???? Peliknya…..terasa pulak seperti diri ini tamak dengan harta dunia.
Nak dijadikan cerita, dalam doanya yang tulus, ada satu hari yang mana wanita tersebut di uji ALLAH…untuk pengetahuan semua, wanita tersebut mencari rezeki hanya dengan menjual tempe….walaupun sekadar menjual tempe, tapi rezekinya sentiasa ada setiap hari……pada suatu hari, wanita itu seperti biasa la pergi ke pasar untuk menjual tempenya……akan tetapi, yang terkejutnya  pada hari tersebut, tempenya tidak masak…..
BERSAMBUNG…………

2 comments: